22 Oktober 2016 - 14:25

Ratusan aktivis berhaluan kiri dan rakyat asal Filipina telah turun ke jalan raya di Manila untuk menggesa pengunduran tentera A.S dari negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan aktivis berhaluan kiri dan rakyat asal Filipina telah turun ke jalan raya di Manila untuk menggesa pengunduran tentera A.S dari negara tersebut.

Semasa perhimpunan tersebut berlangsung, para penunjuk perasaan membakar bendera A.S dan menggesa kerajaan pimpinan Rodrigo Duterte untuk menamatkan sebarang kerjasama ketenteraan dengan A.S. Perhimpunan itu berlangsung pada hari Jumaat semalam.

Sambil memegang sepanduk yang membawa mesej, "Tamatkan era imperialisme! Berjuang untuk beroleh hak menentukan nasib sendiri," para aktivis turut menyatakan sokongan mereka kepada presiden Duterte yang dinihari kerap menegaskan perkara yang sama.

"Kami menyeru presiden (kami) untuk kekal dengan pendirian beliau tentang perpisahan dengan A.S sambil berusaha meneruskan dasar luar negara ini secara bebas," kata setiausaha agung Pakatan Patriotik Baharu, Renato Reyes.

Di dalam sebuah mesyuarat bersama ahli-ahli perniagaan di Beijing yang berlangsung awal minggu ini, Duterte mengumumkan bahawa beliau akan berpisah dengan A.S dan akan mengambil posisi yang lebih mesra terhadap China dan Rusia.

Kenyataan itu dibuat di sebalik kritikan A.S terhadap kaedah Duterte dalam menangani isu berkaitan dadah di negaranya.